December 21, 2011

Judge

Do not judge between people when you are angry.

December 19, 2011

Food

“Make sure your food is good (halaal and bought with halaal earnings), and you will be one whose prayers are answered"

December 17, 2011

December 16, 2011

Betray

“Do not betray the one who betrays you.”

December 15, 2011

Continuous

“Among the most beloved of deeds to Allah is the one that is continuous, even if it is little.”

December 11, 2011

Patah Kaki

gua patah kaki dan kaki gua patah itu adalah dua perkataan yang macam sama tapi lain maksud. faham?

too long too long

jadi saya sudah boleh berblogging guna henphone saja? i'll spam you! hik! awas typo! :p

note - pictures taken from my instagram

October 9, 2011

Mimpi Subuh

semalam aku tido awal. dalam tido tu aku bermimpi. pagi tu aku bangun subuh dan pergi masjid untuk sembahyang berjemaah. prosedur berjalan macam biasa laa. dari start azan sampai la iqamah. bilal dan imam dah stanby la berdiri. aku terus rapat masuk saf sebelah bilal dan tepat di belakang imam (suatu perkara yg kadang-kadang aku buat). Imam takbir, aku ikut takbir. tak sampai 5 minit tiba-tiba imam berhentikan solat dia dan terus keluar dari solat subuh berjemaah tu. dalam aku terperasan tu, aku asyik dengar jemah lain sebut 'Subhanallah' dalam nada yang agak kuat. bilal sebelah plak semacam beri tanda supaya aku yang naik ke depan ganti imam solat. wahhh!! ini pelik. sepelik kucing jantan beranak kembar!. aku naik mcm biasa. (takde lah biasa sangat..paling last pernah jadi imam pun masa arwah opah hidup lagi...dia kalau balik rumah kat klang..dia mesti suruh aku imamkan sembahyang dia..katanyer dia rindu arwah atuk aku (suami)..hekhek..so sweet my opah.Al-Fatihah to her).

ok sambung cerita mimpi balik....aku baca Al-Fatihah. lepas tu aku terfikir....ermm..nak baca surah apa eik?...akhirnyer aku putuskan nak baca Surah Al-'Alaa, surah yang sederhana panjang dan rakaat ke dua baru ingat nak baca Surah Al-Ikhlas jer. jadi takde lah seksa sangat jemaah yang agak berumur berdiri lama.

tapi....bila aku start jer baca surah tu...aku perasan yg mcm jemaah semua 'mufarakah'..eh?..aku gabra...aku salah baca ke?...aku buat rukun-rukun solat dalam gaya songsang ke?...yg ikut aku cuma bilal jer kot. aku baca jugak sampai abis dan sampai sempurna sembahyang subuh tu. bila aku toleh belakang, aku perasan semua orang mcm nak terkam aku plak...eh?.apsal ni?..apsal ni?...aku buat salah apa?...

tup..tup..tup...aku terjaga....phew! lega!..ingat dah kena pukul dah...nasib baik mimpi jer...tengok jam...dah pukul 3.30 pagi lebih kurang...pergi dapur..minum segelas air sejuk (sebab tetiba jadi dahaga yang teramat sangat)...capai remote tv...bukak rancangan pendidikan fizik kat astro...capai henphone...dan terus tweet sampai subuh. pastu pergi surau...

dalam perjalanan ke surau tu...aku tak henti2 doa...memintak la imam tak terbatal sembahyang dan aku pilih saf yang paling hujung sekali pagi tu...hehe...trauma! ;p

October 7, 2011

Menghormati Orang Tua

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :- Daripada Anas r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. telah bersabda; "Tidaklah seorang pemuda itu memuliakan seorang tua lantaran usianya (yang tua) melainkan Allah akan menetapkan untuknya orang yang memuliakannya nanti setelah usianya tua"

Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi (hadis hassan soheh) dipetik dari buku 'Pegangan Hidup Dan Amalan Salafus Soleh'

note - takda istilah 'karma that karma this what you give you get back what goes around come around' dalam kamus hidup seorang Muslim...yang kita kena percaya dan yakin ialah baik buruk datang dari Allah s.w.t. (qada' dan qadar). semoga kita semua dapat beramal dengannya. amin.

October 4, 2011

Fitrah (Deen)

Di dalam kitab "Hukmul lihya fil Islam" yang dinukilkan daripada Ibnu Hibban, hadith yang berikut ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. (yang bermaksud), "Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "di antara fitrah (deen) Islam, ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu."

keterangan dari pengarang ;-

Di dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. telah mengisyaratkan bahawa memelihara janggut adalah satu syarat yang asas daripada Islam dan telah menyatakan bahawa mencukur janggut itu sebagai satu simbol daripada orang-orang Majusi (iaitu penyembah-peyembah api).

Sebuah hadith yang masyhur diriwayatkan bahawa "barangsiapa menyerupai sesuatu kaum akan dianggap sebagai mereka". Sebab itulah Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kita supaya bertentangan (berbeza) dengan orang-orang Majusi. Jelaslah bahawa memelihara janggut adalah satu perintah dalam Islam dan kesemua para Anbia 'alaihumussalam tanpa terkecuali bersetuju di atas perkara ini. sebagaimana yang telah disebut dalam hadith yang pertama.

Maka kepada mereka yang mempunyai pendapat yang salah iaitu bahawa menyimpan janggut itu adalah adat bagi orang-orang Arab adalah sama sekali tidak benar di dalam penegasan mereka itu dan hujjah mereka tidaklah berasas sedangkan Rasulullah s.a.w. memerintahkannya (yakni menyimpan janggut).

Semoga Allah s.w.t. melalui rahmat dan kemurahanNya menunjuki kita semua agar dapat beramal menurut pengajaran Rasulullah s.a.w. dan juga memberi kekuatan kepada kita agar dilindungi daripada melakukan amalan-amalan yang salah.

note - disalin semula dari buku karangan Sheikh Maulana Zakariyya Khandalawi rah. yang bertajuk 'Janggut dan Kepentingannya' terjemahan Abdul Aziz bin Abdul Hamid. Pada akhir muka surat tertulis tarikh 5 Safar 1316 Hijrah - Madinah Munawwarah (wow!...tahun berapa tu?...macam dah beratus tahun jer?)